Monday 29 April 2013

Cara-Cara Membina Kolam Renang Di Halaman Rumah..

Nak tengok proses pembuatan kolam renang di halaman rumah.. nampak senang 10 hari dah boleh siap... Lepas ni tak perlu swimming kat tempat awam lagi.. Cool















Set Bilik Tidur Menjimatkan Ruang Untuk Anak Anda

Cool...Kesemua rekaan perabot di bawah adalah daripada Tumidel Spa dari Italy. Amat sesuai untuk ruang bilik yang sempit tetapi masih boleh bergaya dan kelihatan moden dan kemas..














GARAJ KERETA TERBIAR DIUBAH MENJADI APARTMENT YANG SEMPOI

Seorang jurufoto di Perancis, Jeremie Buchholtz mencari apartmen yang murah di Bordeaux untuk di sewa. Beliau tidak menjumpai apartmen yang diingini tetapi menjumpai sebuah garaj kereta lama yang terbiar. Beliau mendapat idea untuk mengubah garaj tersebut menjadi sebuah apartmen yang cool. Keluasan kediaman ini hanya seluas 41 meter persegi.











Friday 26 April 2013

INFO HARI INI...ALAT PEMADAM API


SEDANG MENCARI ALAT PEMADAM API UNTUK RUMAH MAHUPUN TEMPAT KERJA...

LUANGKAN MASA ANDA MEMBACA ARTIKEL DI BAWAH
KEEP YOUR SAFETY FIRST, WORK SAFELY

ALAT PEMADAM API (FIRE EXTINGUISHER) 

Asas Pengenalan
· Adalah satu alat yang boleh mengawal dan memadam kebakaran pada peringkat awal. (fire aid firefighter)
· Dikendalikan secara manual
· Mengawal dan memadam kebakaran secara berkesan mengikut kelas api
KELAS-KELAS API DAN MEDIA PEMADAMANNYA
1) KELAS “A”
Api pepejal (solid fire)
- Api kayu
- Api kertas
- Api Sampah
- Api kain
Air & Debu kering

2)KELAS “B”
Api Cecair (Liquid Fire)
- Api Minyak
- Api Cat
- Api Varnish
Buih, Debu kering dan Varpourising liquid

3)KELAS “C”
Api Wap dan Gas (gas &Stim Fire)
- Butana
- Propane
- Oxy acetalane
- Gas (LPG)
Debu kering, Karbon Dioksida (Co2) & Varpourising liquid

4)KELAS “D”
Api Logam (Matel Fire)
- Potaosium
- Sodium
- Kalsium
- Magnesium
Soda Ash, Pasir, Debu Kering & Matel serta Powder
Api Elektrik
Kebakaran ini tidak termasuk dalam kelaas-kelas api dan boleh dipadam dengan menggunakan alat pemadam api yang sesuai.
Debu Kering, Karbon Dioksida &Varpourising liquid
ALAT PEMADAM API JENIS AIR
Kandungan
Air Biasa – 9 Liter
Jarak Pancutan 20’ – 25’
Jangkamasa Pancutan 60 – 120 Saat

KEBAIKAN & KEBURUKAN
- Mudah dikendalikan
- Boleh mengawal/memadam api di peringkat awal
- Cecair yang digunakan tidak merbahaya
- Hanya sekali digunakan
- Tidak sesuai memadam kebakaran alat elektrik dan logam
- Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku
- Tidak boleh mengawal dan memadam kebakaran yang besar


ALAT PEMADAM API JENIS DEBU KERING (DRY POWDER)
Kandungan
- Sodium bikarbonat 97%
- Magnesium stearote 11/2%
- Magnesium karbonat 1%
- Trikalsium karbonat ½%
Jarak Pancutan 15’ – 20’
Jangkamasa Pancutan- 2 Minit

KEBAIKAN & KEBURUKAN
- Mudah dan senang dikendalikan
- Boleh mengawal / memadam api kelas A,B,C dan sungguh berkesan
- Pemadamannya lebih berkesan jika dibandingkan dengan alat pemadam api jenis Co2 dan BCF
- Pengeluaran (pancutan) boleh dikawal di Release Handle.
- Hanya boleh sekli sahaja.
- Debunya mendatangkan kerosakan pada bahan-bahan tertentu seperti enjin kereta, bahan makanan dll
- Tidak boleh memadam api logam
- Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku
ALAT PEMADAM API JENIS GAS (Co2 & BCF)
Kandungan
- dalam tabung diisi dengan Co2 dalam bentuk cecair dalam tekanan.
- Mempunyai ukuran antara 2 hingga 5 ibs beratnya.
Jarak pancutan
8’ ke 12’ dan perkembangan nisbahnya ialah 1:450
Jangkamasa pancutan 8 hingga ke 30 saat
KEBAIKAN & KEBURUKAN
- Mudah dikendalikan
- Boleh mengawal/memadam kebakaran diperingkat awal dan berkesan
- Gasnya bersih tidak membantu kebakaran
- Gasnya tidak mengalirkan elektrik
- Boleh menembusi tempat-tempat permukaan kecil
- Hanya sekali digunakan
- Keberatan silindernya tidak sepadan dengan kandungan gas, berat 5.3 kg tetapi Cuma 2.2 kg sahaja.
- Kandungan gas tidak dapat dilihat dan perlu ditimbang dari masa ke semasa untuk mengelakan kekurangan daripada 10%
- Tidak sesuai memadam kebakaran api jenis A,B &D
- Tidak boleh mengawal kebakaran yang sudah besar
ALAT PEMADAM API JENIS BUIH (Foam)
Sesuai untuk memadam api kelas ‘B’ dan peranannya menyelimut dan menurunkan suhu dibawah suhu nyalaan (menyejukkan).
Kandungan
- Terdapat 2 tabung
- Tabung dalam (Alauminium Sulphate)
- Tabung luar (Sodium Bikarbonate / Stabilizer)
Jarak Pancutan Lebih kurang 20’
Jangkamasa Pancutan 30 hingga ke 90 saat.

KEBAIKAN & KEBURUKAN
- Mudah dikendalikan
- Buih boleh menutup permukaan cecair dan menyekat bekalan oksigen daripada membantu kebakaran
- Tidak terganggu daripada tiupan angin
- Boleh mengawal dan memadam kebakaran diperingkat awal dengan berkesan.
- Hanya sekali digunakan
- Tidak boleh memadam kebakaran kelas A,C dan D
- Sekiranya percampuran bahan kimia tidak betul, buihnya tidak dapat memadam kebakaran dengan berkesan
- Tidak sesuai digunakan dengan alat memadam api jenis dry powder kerana powder akan memecahkan buih.
PERHATIAN
Penempatan alat-alat pemadaman api hendaklah diletakkan pada tempat yang boleh dilihat dan digantung supaya alat ini tidak rosak pada tabung dan juga isi kandungannya
Pemeriksaan
1. Hendaklah diperiksa setiap bulan
2. Pastikan preasure guage pada tabung menunjukan kandungan penuh (hijau – penuh & merah – kosong). Sekiranya berlaku kekurangan tekanan udara hendaklah dihantar ke agen servis
CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API
Terdapat pelbagai jenis serta saiz alat pemadam api. Cara penggunaan atau pengendaliannya adalah seperti berikut:-

1. Pilih jenis alat pemadam api yang sesuai

2. Ikut arah angin semasa menggunakannya

3. Praktikkan penggunaan kaedah PASS

KAEDAH/ SISTEM P.A.S.S

P – Pull
Tarik / cabut pin keselamtan

A – Aim
Arahkan nozel ke arah punca api

S – Squeeze
Tekan pemegang “lever”dimana agen pemadaman akan dipancutkan keluar

S – Sweep
Layangkan nozel / hos kekiri dan ke kanan bagi menyegerakan proses pemadaman
Mempunyai alat pemadam api/ alat cegah kebakaran di rumah mahupun di tempat kerja menjadi salah satu benda yang wajib untuk memastikan keselamatan nyawa dan harta benda. Sekiranya berminat untuk membeli alat pemadam api secara individu atau syarikat boleh hubungi kami untuk pertanyaan dan maklumat lebih lanjut..Harga boleh dirunding...  KEEP YOUR SAFETY FIRST, WORK SAFELY
                            019-354 9435

Wednesday 24 April 2013



INFO HARI INI!!!!

 UBAHSUAI RUMAH

Mengapa perlu mengubahsuai rumah?..
Adakah rumah sedia ada tidak selesa??...
  • Keselesaan sesebuah rumah bergantung kepada penghuninya. Kebanyakan pemilik rumah yang mengubahsuai rumah adalah untuk menambahkan keselesaan. Antaranya:
    • Tambah keluasan dapur untuk keselesaan semasa memasak
    • Tambah jumlah tandas untuk rumah yang ramai penghuninya
    • Tambah ruang letak kereta (porch) bagi pemilik yang mempunyai lebih dari 1 kereta
    • Ubah rekabentuk bumbung untuk pemilik yang hendak nampak kelainan rupabentuk rumahnya
    • Ubahsuai rumah 1 tingkat kepada 2 tingkat atau 2 tingkat kepada 3 tingkat bagi penghuni ramai dan berkemampuan
    • Tambah balkoni bagi pemilik yang suka melihat pemandangan indah luar rumah
    • Ubahsuai pagar untuk rumah teres atau rumah berkembar yang selalunya pagar sediaada tidak menarik dan tidak berkualiti.
      

                                                              ubah suai keluasan dapur


                                                             tambah balkoni rumah


                                              ubahsuai pagar untuk keselamatan dan keselesaan


                                                ubah rumah teres 1 tingkat kepada 2 tingkat





Get Your Service Here

Welcome,


Selamat datang ke blog Varietypoint. Kami menyediakan perkhidmatan T-shirt printing, Label printing, membekal barangan hardware, landskap, alat tulis, kelangkapan pejabat dan kediaman, peralatan cegah kebakaran dan kawalan keselamatan, keluaran jahitan, kamera dan peralatan, makanan dan minuman, pertanian dan ternakan, kenderaan baru, jentera dan kelengkapan, mesin dan peralatan kejuruteraan, peralatan dan kelengkapan komputer, kontraktor binaan am, mencuci bangunan dan membersih kawasan, mesin fotostat berjenama dan juga perkhidmatan rubber stamp kepada pelanggan kami di sektor kerajaan dan swasta, syarikat-syarikat kecil serta orang perseorangan. Blog kami bertujuan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan dan produk dengan lebih cepat dan mudah, semuanya dihujung jari anda.... 
                                                                   T-shirt printing


                                                                   Label printing

                                                                   Rubber Stamp